Translate=alih bahasa

Thursday, 4 October 2012

Rebuild of Evangelion : You’re ( NOT ) Alone


ni merupakan preview pertama pasal anime....hope u guys like it


Hampir separuh populasi dunia musnah akibat satu bencana yg di kenali sebagai ‘ Second Impact ‘.        15 tahun selepas ‘ Second Impact ‘ . Seorang anak muda bernama Shinji Ikari  telah datang ke Tokyo 3, sebuah bandar yang sangat maju, dan merupakan sebuah bandar yang sebenarnya tempat terakhir bagi pertahanan manusia menentang beberapa entiti yang dikenali sebagai Angels.
Evangelion : You’re ( NOT ) Alone adalah kisah manipulasi seorang bapa ke atas anaknya sendiri, semata mata untuk mencapai matlamatnya sendiri, iaitu menghidupkan semula isterinya. Ikari Gendo adalah bapa kepada Ikari Shinji yang ditinggalkan 12 tahun yang lalu selepas ‘Second Impact’.

Di dalam filem ini, Shinji jelas inginkan perhatian dari ayahnya, namun seringkali Ikari Gendo yang merupakan ketua bahagian pertahanan bagi sebuah organisasi yg bernama NERV, mempergunakan emosi anaknya utk berjuang menentang Angels dalam mencapai cita2nya. Tertekan dengan tindakan dari ayahnya, Shinjii cuba lari arahan ayahnya, namun tenaganya diperlukan bagi mepertahanan kemanusiaan sejagat dr ancaman Angels. Dilema yg dialami seringkali membuatkan Shinji mempersoalkan kewujudan dirinya di dunia, Shinji juga sering bersendirian, dan satu2nya teman ialah pemain kaset, Shinji sering mendengar lagu yg sama berulang2 kali.

 Walaupun animasi ini bersandarkan latar belakang dan cerita fiksyen sains, tetapi cerita ini agak realistik dari segi persoalan2 yang  menumpukan kepada kebutuhan seorang anak muda akan kasih sayang dari ayahnya, namun sebaliknya dipergunakan, malah dipaksa melakukan perkara yg tidak disukai. Sebuah animasi yang indah hebat dari segi kualiti dan jalan cerita, sarat dengan pertempuran yang hebat, serta padat dengan nilai-nilai kemanusiaan serta moral yang disampaikan penuh emosi. Oya terdapat sedikit unsur agama di dalamnya. Harap open klau nak tgk.

No comments:

Post a Comment